13 Mei 2015 - 05:46
Rejim Saudi tangguh hukuman mati Ayatullah Nimr

Sumber dari Awwamiyah melaporkan kerajaan rejim Saudi telah menangguhkan perlaksanaan hukuman mati terhadap Ayatullah Sheikh Baqir al-Nimr hingga ke waktu yang ditetapkan kelak.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Sumber dari Awwamiyah melaporkan kerajaan Arab Saudi telah menangguhkan perlaksanaan hukuman bunuh terhadap Ayatullah Baqir al-Nimr.

Penangguhan ini telah dinyatakan pihak kerajaan rejim melalui panggilan telefon kepada keluarga Ayatullah al-Nimr.

Selain itu,kerajaan juga membenarkan keluarga al-Nimr bertemu dengan beliau di penjara pada 28 Mei nanti, namun ditegaskan juga bahawa hukuman mati itu masih berlaku.

Rejim Saudi juga melancarkan kempen penangkapan besar-besaran terhadap penduduk kota Awwamiyah pada hari ini.